Wednesday, June 18, 2014

Kurang.

Kenapa aku rasa sedih ni? Ape lagi yg tak cukup Gee oi! Ape lagi yg ko nak?????

Entah la weyh. Aku rasa ada sesuatu yg kurang dlm hidup aku, dlm hati aku.

The love of my life is here, with me, all the way.

Tapi kenapa aku masih rasa macam ni?

'Abang, maafkan sayang. Abang selalu tanya sayang. Abang tak faham apa lagi yang sayang nak. Abang dah cuba sehabis daya untuk bahagiakan sayang, ikut segala kerenah sayang. Sayang tahu tu. Dan sayang hargai kesungguhan abang. Abang jugak dah berjanji untuk ikut permintaan sayang yang sentiasa inginkan perhatian abang. Terima kasih abang.'

Aku tak tahu macam mana nak luah, macam mana nak cakap apa yang aku rasa ni.

Aku tahu apa yang aku nak, yang masih belum dapat, tapi susah sangat nak fahamkan orang lain apa yang aku nak ni.

Ermmm.

Sayang harap abang paham sendiri apa yang sayang nak and tolong tunaikan. Ketahuilah abang, sesungguhnya sayang dah tak ada kekuatan nak ucapkan lagi permintaan sayang ni.

:'(

Tekanan Perasaan.

Aku tertekan. Tertekan. Tertekannya. Ergh!

Kenapa aku rasa macam ni? Entahla.

Cuma apa yang aku tahu, aku sangat tertekan sekarang.

Errrmmm.

Wednesday, June 4, 2014

New House, New Office.

gila lama ak xupdate blog kan kan kan. okeh. skunk ni ak da keja kat tempat baru, and ak da tinggal menyewa dkt rumah baru jugak. opis and rumah ak dekat je. dlm 5 minit je. and, the worst best part is, umah sewa ak satu jalan je ngan umah sewa my MrSayang. siryesly, ak xtau adakah ini bagus utk hubungan kami or hanya akan mengeruhkan lagi.

Sebabnya adalah.... bila da sgt dekat cmni, kalau my MrSayang tetap tak ada masa untuk ak, and tetap tak bagi perhatian pd ak, mesti hati ak makin memberontak. Apa guna jasad dekat tapi tetap rasa jauh, kan? And pangai aku, bila ak merajuk dan jauh hati, dgn jasad ak skali ak nak bawak pergi jauh. Ak akan diamkan diri, dan ak nak pergi jauh. Masalahnya kalo da umah kitowang dekat sgt, ak nak lari mana oi.. Kalo ak ilang, ak kluar tgh malam, ak lari ke,, kang tak pasal2 die marah, mengamok kat ak kang. Tapi kalau ak majok, mmg itu pangai ak. So, camna....

Kalau nak tengok dari segi positif lak, bagus sebenarnya duduk dekat ni. At least, bleh la ak jimat duit minyak and toll sebab nak jumpa, senang je nanti. Lepas tu, my MrSayang cakap haritu, lepas ni dia bleh anta and amek ak g keja. Sblom g keja, die bawak bekpes dulu. And kalau lunch dia ade dkt opis, bleh lunch gn die. Dinner plak mmg tiap ari pun together selama ni kan.. Urm.. ye ye je die.. Akan ditunaikan ke tak eh ap die ckp tu... Kite tunggu dan lihat.. Haha

Ak jenis suka tkr2 keja. Ak grad 2010. Ak start keja 2011. And spanjang 3 tahun ak kerja ni, da 6 company ak masuk. Yg skunk ni yg ke6 la. Hihi. Ap yg best ttg tkr2 keja ni? Pd ak la kan, ad 4. Yg pertama is ak dpt kenal ramai org and dpt kenal pasti camne behavior org2 ni sume. Yg kedua lak, ak dpt pengalaman dr mcm2 sector industry. Lain company lain nature of business kan. Yg ketiga, ak dpt asah skill ak dr segi interview. Ak mmg da xde ase nebes da kalo g interview. Sbb sume yg ak bedal pn, dapat punye. Haha. Ak poyo skunk. Maafkan saya. Sebab terakhir iaitu sebab keempat.... is.... pasal gaji lorh! Tiap kali ak tkr company,, ak akn pastikan gaji ak melompat naik la dr sebelomnya. So, kalo ikotkan dgn pengalaman 3 tahun kerja and degree ak, gaji ak mmg memuaskan hati la.

Cuma,, yg ak tau,, gaji ak xpnah ckop tiap bulan. Sumenya salah ak. Ade satu ketika dulu, ak mcm agak lost la time tu. So,, ak ad wat  personal loan. Skunk,, padan muka ak! Haha. Xmo story panjang. K la. Nak wat keja. Papai.